Sunday, 22 January 2012

KISAH REMAJAKU BERMULA DI STJ.STJ SEGALANYA!! :D

Views
in year 2007..
wow!!yippeee!!i got a letter...huh??
"ayah,STJ tu apa??STJ tu kat mana??tak pernah dengar pun..popular ke??best ke??"
tu ayat first yang keluar from mulut aku..mula2 tu happy la sebab dapat masuk SBP la kan..bukannya calang2 sekolah..but then,terbaca la kat internet yang STJ ni selalu tak ada air..macam mana ni..betul ke rumor ni??



tarikh aku jejak kaki ke STJ ialah 8 Januari 2007.tu first time la kan.budak sekolah harian dah almost a week sekolah.kitaorang budak sbp baru nak start.hehe."ayah..lama lagi ke nak sampai??pening la naik bukit putus ni..belit2 macam roller coaster...jauh lagi ke..orang rasa macam nak muntah pon ada ni..pening la..."ayat tu aje yang aku asyik ulang2 sampai la dekat STJ.hehe.

tiba saja depan gate STJ tu, first impression aku."eee..buruknya!! ni betul ke STJ?? banyak nya tahi lembut kat sini.ayah bau apa ni??busuk gila"."tu bau mardec la",ayah aku reply pertanyaan aku.
habis je daftar aku sebagai pelajar STJ,aku dengan parents aku pergi la jalan2 tengok around STJ ni.habis je ronda2 STJ parents aku dah nak tinggalkan aku.sedih je aku bila mama dengan ayah dah nak balik.ye la kan. aku ni dulu2 mana ada sangat berpisah dengan dorang. hari first je aku kat STJ, semua budak batch aku kena panggil pergi dorm PP(dorm hicom prefects). dekat situ baru aku tahu apa itu orientasi and what so ever apa yang kena buat. time first2 jadi
budak kecik(gelaran untuk budak form 1 and 2) kitaorang kena hafal and ambil signature senior(memang obvious la form 5 kan) within a week je. banyak gila2 aktiviti2 yang best2. tapi ada jugak yang tak best.terseksa jugak pon ada. ragging tak payah cakap la, of course la happen.but dalam banyak memori yang aku ingat ialah memori yang tak best tu la.betul kata2 akak senior aku. benda paling aku rindu ialah memori tak best tu.serius! aku rindu gila2 memori tu, contohnya macam ni :

  1. nyanyi kuat gila2 sampai sakit anak tekak dekat perkarangan hostel.
    time tu la kan,kitaorang kalau tak tinggi oktaf tu..memang kena marah la dengan satu hostel.
    sampai ada la jugak one of kitaorang yang nangis(time tu lagi la kitaorang kena marah ngan teruk)
  2. selalu kena jerit dengan senior
  3. tapau makanan DM untuk dorang
  4. sebelum masuk dorm kena buat show free untuk dorang
    bayangkan betapa terseksanya. kitaorang kena nyanyi,menari or what so ever je la untuk hiburkan dorang. sekarang benda tu dah tak ada dah kat STJ ni.dah tak best!
ada bayak lagi sebenarnya. karang kalau aku list banyak2 takut kalau ada freshman yang nak masuk sbp tak jadi pulak nak masuk..hehe..tapi sebenarnya, sekarang ni dah kurang la buli2 ni because rules dekat sekolah dah ketat gila2.semua guna sistem 'touch n go'.so, to all freshman,don't worry.korang tak akan kena ragging yang teruk2 punya la.

banyak gila2 pengalaman aku kat STJ ni. aku pun start puberty kat STJ jugak.hehe.
jejakkan kaki kat STJ ni mengajar aku cara nak hidup. kat STJ jugak la, aku belajar lagi mendalam tentang agama.aku pun baru first time tahu apa itu
usrah(rindu gila nak pergi).belajar pakai tudung, solat and many more la.

kat STJ jugak aku jumpa ramai kawan2.ye la kan. hidup semua dengan kawan2.mandi,makan,tidur,belajar semua dengan kawan2.memang tak sah la kalau tak ada kawan.
seksa wei kalau diri kau tu kena pulau!! bapak gila korang akan rasa macam tak ada LIFE dah kalau nak hidup kat sekolah ni.



dulu macam ni.buruk je.




sekarang ni.bukan main lawa lagi. bayak gila improvement.




dataran ilmu ni macam ni la.kecik je.



sekarang ni. cikgu pun akan duduk atas stage tu kalau da perhimpunan. :)




dulu  mana ada raudhatul ulum ni. dulu kitaorang solat kat musolla je.
musolla tu dah la kecik. asyik kena berhimpit je.ingat lagi.dulu kalau nak buat tarawikh, budak boys mesti kena solat kat luar and kadang2 space untuk budak girls tak cukup pun.
now, bila surau ni open.we're having such a great ramadhan!!

okay that's all I think. kalau ada lagi benda nak sharing is caring dengan korang aku akan karang lagi.hehe.so, memang betul la kan.hidup remaja aku hanya di STJ.lima tahun kut aku spent time kat STJ. balik rumah pun bukannya selalu. hidup dengan kawan2 lagi lama berbanding dengan family sendiri. =)







No comments:

Post a Comment

you have a comment for me? booya!!! sila3. jangan malu2.. :D

INI ADALAH HAK MILIK ORIGINAL IEYKA NOOR RAHMAN :D