Tuesday, 24 January 2012

P.O.L.I.G.A.M.I.

Views
mengikut wikipedia, poligami merujuk kepada perkahwinan di mana seseorang itu berkahwin dengan beberapa orang sekaligus. Biasanya suami yang mempunyai lebih daripada seorang isteri. Ia merupakan lawan monogami.
okay. melalui pendapat aku pula. poligami ni macam benda yang best but the same time macam menyusahkan juga la bila poligami ni jatuh kepada lelaki2 yang tidak bertanggungjawab dan tidak tahu erti sebenar poligami ni.

SITUASI 1:
lelaki : poligami ni best la. perempuan je bodoh nak nangis2 bila laki dorang kahwin lain.
aku: hello brother!! perempuan tu nangis sebab dia dapat payung emas la. bukan senang nak dapat payung
       emas. dia tengah terharu la tu..suka hati kau je kata dia tengah nangis.
lelaki: (speechless)

haha. sekarang ni, most of lelaki guna alasan lebih kurang macam aku la. kalau isteri reda dimadukan, dia dapat payung emas. betul la tu. aku pun tak bantah. dalam Quran yang kata macam tu. aku bukan nak sokong sangat idea poligami tu. tapi dah termaktub kat dalam Quran tu. kalau aku bantah maknanya aku saja je jadikan diri aku ni jahil agama. aku tak nak kena laknat. but then, ada ke perempuan yang nak relakan diri dia dimadukan?? aku sure. ada tu memang ada. tapi sikit je la. most women memang 100% membantah poligami ni. 

SITUASI 2:
kawan : aku kesian la tengok mak cik sebelah rumah aku tu. laki dia kahwin lain. tapi tak adil. anak2 dia pun
             hidup melarat je.
aku: tu maknanya laki dia BODOH la.
kawan : kenapa kau kata laki dia bodoh?? suka hati kau je.
aku: ye la. dah tahu nak berpoligami tu. pandai2 la uruskan. bahagi2 kan. ni tak, dapat bini baru, semua 

       anak bini yang lama dia tinggalkan. tu la aku kata. ISLAM dah bagi peluang berpoligami tapi dia salah 
       gunakan. dua perkataan je sesuai dengan lelaki macam ni. the exact word is LELAKI BODOH!!


korang setuju tak dengan statement aku?? betul what. kalau nak berpoligami. lelaki ni kena adil. tapi satu je yang dorang tak boleh adil iaitu KASIH SAYANG. to all men yang nak berpoligami tu, fikir2kan la sama ada korang ni boleh adil ke tak? susah tau. kalau korang tak adil, nanti korang boleh kena seksa. korang dapat dosa sebab menganiaya anak2 bini korang yang korang tinggalkan tu. tak payah la tamak sangat. kalau dah tahu diri tu tak mampu, tak payah la kahwin lagi satu. nanti kalau korang kahwin banyak2 tapi gaji korang pun tak cukup nak tampung satu family, ia akan jadi satu beban untuk korang. nanti korang semua nak kena fikir pelbagai cara untuk afford tangungan korang yang ramai sangat tu and then korang akan stress. bila korang stress nanti, banyak la problem akan happen. contoh dia macam ni :

  1. korang akan marah anak2 korang tak tentu pasal
  2. korang akan jadi brutal towards family korang
  3. kemungkinan besar korang akan pukul isteri korang yang tak bersalah tu
    (yang ni memang obvious banyak gila laki yang buat. padahal perkahwinan ni sepatutnya protect orang perempuan. tempat selamat untuk isteri berlindung ialah di sisi suami)
  4. lagi parah kalau korang ambil shark loan 
    (ni yang sampai kena blackmail and timbulnya kes BUNUH kalu korang gagal nak bayar hutang korang)
and banyak lagi la cons dia.I think cukup la .nanti aku karang lebih2 jadi isu. tu je pendapat aku yang aku boleh nak bagi about poligami ni. :D

*tajuk ni aku buat sebab ada someone request and that someone is a boy :D

No comments:

Post a Comment

you have a comment for me? booya!!! sila3. jangan malu2.. :D

INI ADALAH HAK MILIK ORIGINAL IEYKA NOOR RAHMAN :D