Wednesday, 29 February 2012

KAU GIGIT AKU, AKU GIGIT KAU BALIK. HAHA :D

Views
Hari ni aku kena paksa dengan ayah aku ikut dia menjala udang dekat Lukut, PD. bukan Lukut kat Perak tu tau. Response aku macam biasa la. tak suka. malas. and aku buat banyak alasan untuk mengelak. last2 aku memang kena heret dengan ayah aku walaupun alasan dah berbakul-bakul aku cadangkan. apa nak buat? nasib badan. haila~

bila sampai dekat lubuk udang tu, aku pelik.udang makan dedak dengan belacan ke? bukan belacan tu diperbuat daripada udang ke? pergh!! dasar makan kaum kerabat sendiri. bila aku tanya ayah, ayah reply macam ni. "udang ni bodoh la!! dah kau jangan nak bising sangat. suara kau tu boleh buat udang2 tu takut." aku sebenarnya tak puas hati dengan jawapan tu. daripada aku kena maki, better aku senyap je.

ayah aku apa lgi, mula la campakkan umpan and tebar jala. pergh!! bila aku tengok bapak aku tarik jala tu naik atas darat, wa kata lu, memang superb!!! bapak gila banyak udang besar nak mampus!! aku pun happy la. ya la dalam family aku, yang gila makan udang aku sorang je. haha. untung3. :D 

kerja aku ialah tolong tarik ayah aku bila dia masuk lumpur and kutip udang2 yang kadang2 macam gila asyik nakterlompat-lompat je. terkejut I bila dia lompat2.haha. tapi memang puas hati la. udang aku dapat memang bayak gila kut. 

okay3. mesti korang pelik kan dengan tittle post aku. tak ada kena mengena. haha. sebenarnya aku nak cerita pasal sotong2 yang tersangkut bersama-sama dengan udang2 tu. 

masa aku tengah busy mengutip udang2 ni untuk dimasukkan ke dalam tong, adla sikit2 anak sotong yang tersangkut. aku punya la excited nak mati bila nampak sotong. lepas tu tak habis2 aku berwirid perkataan bapok tu ulang2. haha. dah la dalam hutan, aku boleh pula main2 suka suki suka hati aku. bila bapak aku bagi "jelingan manja" dekat aku, baru aku berhenti senyap membatukan diri ini. kalau aku tak senyap, memang arwah la aku kena rendam dalam air nanti. aku sayang lagi nyawa aku. huhu.

gila bapak la aku suka main2 dengan sotong ni. sesungut dia geli2 you know. happy aku bila dpat main2 dengan anak2 sotong ini. tapi tiba-tiba one of anak2 sotong ni GIGIT AKU!!. time tu aku terkejut gila and menjerit kuat gila secara spontan. "argh!!!! ayah sotng ni gigit orang!!!". ku ingatkan simpati yang ku dpat, rupa2nya aku kena duku straight to the point. pergh!! sakit tahap tip top. memang sakit gila!! nak mengalir butir2 permata di mataku ini. huhu. 

tak guna punya sotong!!! pasal kau aku yang kena maki plus kena duku. sakit woi!! lepas tu aku tobat dah. aku tak nak main dengan  sotong lagi. sakit je hati aku bila tengok anak2 sotong tu. panas je hati ni. time2 tu la, aku bersyukur pada Allah kerana mengurniakan aku otak yang sangat la hebat. haha. tiba2 je aku dapat idea nak goreng je sotang ni. lepas tu aku makan and digest dalam perut aku. haha. aku apalagi.buat kerja yang sangat la efektif. aku masukkan anak2 sotong tu dalam tong.

bila dekat rumah, aku pesan dengan mama. sotong tu jangan buang aku nak goreng. so inilah result dia :

sebelum:





selepas :
   

haha!!! puas hati aku!! KAU GIGIT AKU, AKU GIGIT KAU BALIK!! 

5 comments:

  1. :p siapa suruh dia gigit aku. dah la berkesan pula tu.
    *devil laugh

    ReplyDelete
  2. wuuu .~
    sotong memang gigit kea .?

    ReplyDelete
  3. ada doe. tak caya. cuba kau cari sotong hidup. lepas tu letak kat tangan kau. mula2, dia buat geli2. then baru dia gigit kau.

    ReplyDelete

you have a comment for me? booya!!! sila3. jangan malu2.. :D

INI ADALAH HAK MILIK ORIGINAL IEYKA NOOR RAHMAN :D