Friday, 30 March 2012

SEHARIKU DENGAN AYAH PERGI KE KEBUN.

Views
ini alkisah antara aku dengan ayah aku yang rock my world tu. haha!! cerita ni sebenarnya hari sabtu yang lepas. 24/3 hari tu, baru hari ni nak update. hihi.


nama pun hari sabtu, so family aku memang buat cleaning la. haritu aku,ayah aku and adik aku yang gemuk tu, kemas rumah, yang bahagian outside la. potong rumput, cuci longkang and so on la. habis je kemas2 dengan cuaca yang panas terik nak mati tu, tiba2 ayah cakap macam ni.time tu aku still tengah sapu balkoni.saja je buat kerja lembab2, sebab nak suruh adika aku yang sambung,haha. kuat mengelat aku ni.


ayah : adik, jom pergi kebun, ayah nak kemas kebun tu. dah dua bulan tak kemas.
adik: ala ayah, jap lagi adik ada study group la.


secara tiba2 je aku rasa ada mata pandang aku.


ayah: ika, kau ikut ayah pergi kebun.
aku: what the, ala ayah... panas la.
ayah: kebun tu dalam hutan la. mana la panas.
aku: ala, penat la. letih ni. tulang2 orang dah nak patah ni.
ayah: banyak nau alasan kau. dah2. pergi siap. aku nak pergi ni.


terus aku bagi laser kat adik aku. mangkuk punya gemuk. aku tahu la kau nak pergi dating. siot betul la.aku dengan terpaksanya, aku angakat la mesin rumput tu. dah la berat. hish. bawak naik motor. tapi yang bawak motor tu ayah aku la. tengah sedap2 aku menikmati air resistant tu, tiba2 ayah aku berhenti. aik, tadi kata dalam hutan.hutan kat sana, tak masuk pun.


ayah: dah. turun.kau jalan sampai la ayah jerit stop.


argh!!! mesin ni dah la berat nak mati. nak suruh aku jalan.


aku: tappi ayah. berat la mesin ni.
ayah: jalan je.
aku: tapi..


belum habis cakap lagi, aku dah kena duku kat kepala. sakit gila. menitik air mata aku setitik.


ayah: kau ni banyak nau songeh la.jalan la cepat.


aku pun jalan la masuk hutan tu. aku jalan punya jalan.jauh gila masuk dalam hutan.aku tak nampak apa2 kebun pun. dah la aku sorang2.mana bapak aku ni. aku pun jerit la ayah aku banyak kali. tiba2 je aku tengok ayah aku dah ada kat depan. mula2 cuak la juga kan. mana la tahu tu hantu. aku ingat nak lari je. but then, bila aku dengar ayah aku macam ni.


ayah: lembab betul la kau jalan. cepat la lembab!!


aku terus terima hakikat yang tu ayah aku. hai, nak buat macam mana. ayah aku ni kasar. ish3.


bila aku dah sampai je kat ayah aku.


ayah: dah naik motor ni.lembab betul
aku:kan bagus ayah kalau ayah bagi orang naik motor ni awal2.
ayah: aku nak suruh kau exercise.kau tu dah gemuk dah ayah tengok.
aku: argh!! ayah ni.
ayah: cepat la naik.


aku pun naik la dengan penuh confident. jalan kat hutan tu berbukit-bukit. penat aku tahan diri aku ni daripada jatuh.berat gila mesin ni.ish. tiba2, gedebuk. akungan ayah aku jatuh kena hempap dengan motor. time tu, aku speechless plus terkejut. tapi aku tak rasa sakit. tak tahu kenapa. bila aku tolak je motor tu, nak stabil kan balik,tiba2 motor tu nak lari wei. takut gila aku. macam ada haunted gila.bapak seram la wei!!


ayah aku pula tak habis2 menyumpah.
"bodoh punya motor.tak ingat tuan ke?aku bakar kau karang. bangang. nak aku jual ke." and bayak lagi la. censored. tak boleh banyak2. nanti korang terkejut.haha


nasib baik motor tu lari tak jauh. haha. last2 dia masuk semak then dah tak gerak.haha.
aku pun teru sla je jalan dengan bawak mesin rumput yang berat tu. biar la ayah aku settle kan haldia dengan motor dia.


penat aku jalan, akhirnya. AKHIRNYA!!! jumpa juga aku kebun tu. aku ingat banyak sangat la kan pokok dia. rupa2 nya sebatang besar gila babeng nak mati pokok durian tu and tepi tu adalah pondok untuk duduk2. huh!! gaya cakap dekat aku macam la gempak sangat. gebang je lebih. haha.


tengah kemas2 kebun tu, macam2 aku jumpa. tupai,tikus,semut, ular, cicak dan macam2 lagi la binatang. habis je kemas nak balik tu, ayah aku nak bersihkan la kasut but dia yang kotor tu. dia tendang la ada satu pokok besar ni, tiba2 ada banyak gila lebah. BANYAK GILA!! time tu, aku dengan mesin yang berat tu, cabut lari dulu. memang dah tak ingat dunia dah. berat tak berat. aku redah je. gila la. aku sprint laju gila kut, kalah apok kawan aku tu.haha!!


ayah aku pula, dia bawak motor dia tinggalkan aku. apa punya ayah la. bila dah jauh dia rempit, baru ingat kat aku. ceh. nasib abik lebah tu tak kejar aku gila2.mereka hanya tumpu perhatian pada ayah aku. haha


tiba je rumah. ayah aku tanya aku, lain kali nak pergi lagi. dengan segala hormat nya I SAY NO!!
aku boleh jadi arwah haritu. dah la tinggalkan aku. ish3. kesian aku ni.


masa makan malam tu, aku cerita la kat mama aku.


aku:mama tahu tak siang tadikan, orang dengan ayah jatuh motor
mama:padan muka korang.
aku:ayah la ni. tak pandai bawak motor.lepas tukan motor ayah siap nak larikan diri.
mama:gelak berdekah-dekah.
aku: ayah siap carut2 lagi kat motor tu. siap ada ayat. kau tak ingat tuan ke bodoh.
mama: hahaahahahahahah
aku: ayah ni apalah. motor tu mana ada perasaan. haha
ayah: ei bodoh, motor aku tu ada feeling la. kau je yang tak tahu.
mama,aku and ayah:lol!!!
adik aku pula, speechless je time tu.


haha.the end. mesti penat korang baca kan.haha.

ALHAMDULILLAH, I PROVE TO MYSELF THAT I CAN DO IT :D

Views

ALHAMDULILLAH
THANKS TO ALLAH THE ALMIGHTY

okay, mesti semua pelik kan, kenapa lembab sangat aku nak post.hehe. sorry la babe. I tak ada masa la. hihi.
FYI, thanks to Allah I got straights A for my SPM. (give me a big applause!!) : DD bukan nak show off ke apa, but we should be grateful. hehe. to those yang still anggap aku show off tu, wtv la babe. aku kenal diri aku ni siapa. the most important thing that aku dah prove kat ayah aku yang aku BOLEH!! and dia pun no longer marah2 aku je. happy nya hidupku. : ) smile babe till the end. haha. that's all. kang panjang2 aku takut aku riak macam tak ingat dunia.hehe.kali ni punya post aku just make it simple and short je. rawr!!


Monday, 19 March 2012

THE TRAIN IS COMING!!! oooo... TERASA GETARAN GEMENTAR RESULTS SPM!!

Views


gila la wei. hari ni dah 20/3. besok je kut 21/3. pergh!! takut gila wei. takut gila2. sampai demam aku dibuatnya. apalah results yang aku dapat nanti. banyak betul ketakutan yang ada dalam diri ni. kalau results okay, excellent tak apa la. yang aku dok risau ni, results kalau hampeh. apa yang aku nak jawab dengan bapak aku tu. haiyoo. susah la hidup ni.


jantungku meronta-ronta ketakutan.




aku dah plan consequence kalau results excellent and worst.

kalau la excellent la kan :
  1. aku akan cari, search dalam internet ni semua biasiswa yang boleh apply.
  2. kalau aku tak dapat upu, aku akan masuk matriks and then aku akan pastikan pointer aku 4.00 je.
  3. aku masuk ukm or um, further untuk jadi doctor.
kalau la worst la kan :

  1. aku akan minta ayah, aku nak ambil stpm je la.
  2. then, aku kena la jadi budak sekolah balik. haiyoo.



tapi bagi aku kelakar la juga. sebab kan nak ambil results ni. semua orang buat law of attraction. termasuklah aku sekali. semua orang set kan gambar 9 A+, 10 A+, 11 A+ sebagai default picture. berkempen betul semua orang. to me la kan. benda ni interesting because semua orang yang buka facebook kita akan baca benda tu and then terus jadi doa. moga2 la aku dapat 9 A+, tak pun straight A's la kan.


+1 : betul ke kau target sampai macam tu sekali? kau tak takut. nanti tak dapat kau frust menonggeng gila2
       wei.
aku: tak salah kan berharap? biar lah. at least aku berharap nak dapat yang terbaik. bagi aku, kalau nak
       berharap tu, biar lah yang the best punya.

어떻게??!! aku sebenarnya, tak tahu la. aku ni, truthfully la kan, mana la pandai sangat. trial pun, bukannya excellent nak mati. cuti ni pun, aku menyesal juga. banyak masa aku terbuang. aku ada juga buat research bagai ni, but bila fikir2 kan balik. macam worthless je aku buat research bagai ni. macam tak cukup and tak confident je aku nak apply dalam life aku ni. to those yang baca blog aku ni, doakan la aku ek.

SITI ZULAIKHA NOOR BINTI AB RAHMAN 100% DAPAT 9 A+ DALAM SPM.

hehe. saje je suruh korang baca tu. at least korang baca tu. cara korang doakan aku la tu.

really badly desperate nak results excellent gila babeng. 

wish me luck you guys!!  





















INI ADALAH HAK MILIK ORIGINAL IEYKA NOOR RAHMAN :D